Adakah Clinton Benar-Benar Bersalah Atau Isu Ini Hanya Agenda Yang Direka Untuk Menjatuhkan Beliau?

39

CBS News melaporkan bahawa FBI dapat mengenal pasti lagi e-mel terbaru yang berkaitan dengan Hillary Clinton sewaktu memegang jawatan sebagai Setiausaha Negara. Clinton sebelum ini telah dituduh menggunakan e-mel peribadi sewaktu menjawat jawatan penting itu.

Menurut sumber itu lagi, e-mel tersebut masih tidak disahkan sama ada mempunyai kaitan dengan kes sebelum ini atau tidak.

E-mel tersebut dikatakan baru ditemui pada komputer riba milik salah seorang bekas Ahli Kongres, Anthony Weiner. Weiner merupakan bekas suami kepada salah seorang individu yang paling dipercayai Clinton, Huma Abedin.

Minggu lepas, Pengarah FBI, James Comey mengumumkan dalam surat kepada kongres menyatakan bahawa agensi itu mengenal pasti e-mel tambahan ketika menyiasat kes yang langsung tiada kaitan dengan Clinton.

Bertitik tolak dari itu, kedua-dua parti Demokrat dan Republik telah mendesak bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu berkenaan. FBI telah mendapat waran untuk melihat e-mel berkenaan pada Isnin.

Menurut Clinton, beliau yakin bahawa mereka tidak akan menemui apa-apa kes yang akan menyabitkan beliau bersalah.

Perbezaan pendapat antara pegawai-pegawai FBI dan Jabatan Kehakiman mengenai penemuan ini telah menimbulkan spekulasi bahawa isu ini sengaja digembar-gemburkan bagi mempengaruhi pilihanraya presiden pada 8 November nanti.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat