Adakah Ekonomi Global Sedang Berada Dalam Fasa Kemelesetan? – Ini Pandangan IMF!

828

Penularan wabak Covid-19 saban hari menunjukkan trend yang meningkat di peringkat global. Sebahagian daripada kalangan pakar berpendapat bahawa ekonomi global kini berada dalam kemelesetan, manakala sebahagian yang lain berpendapat bahawa dunia sedang menuju kearah tersebut.

Pada hari ini, salah satu institusi penting dunia iaitu Ketua Tabung Kewangan Antarabangsa telah mengeluarkan pandangan mereka dengan menyatakan secara jelas bahawa ekonomi global kini telah memasuki fasa kemelesetan, dimana keadaan ini boleh menjadi semakin buruk atau bahkan lebih buruk daripada kegawatan ekonomi pada 2009.

Pengarah Urusan IMF Kristalina Georgieva mengatakan bahawa IMF meramalkan bahawa ekonomi akan pulih pada tahun 2021 dan ia akan menjadi pemulihan yang pantas. Walaubagaimanapun, ini hanya dapat direalisasikan jika negara-negara berjaya untuk mengatasi wabak tersebut dan menghadkan impak terhadap ekonomi.

Namnun menurut beliau, keprihatinan utama ialah pada impak jangka panjang terhadap ekonomi sehingga ia dikhuatiri mengakibatkan kemuflisan dan pengangguran. Jika hal ini berlaku, ia bukan sahaja memberi kesan kepada proses pemulihan tapi juga membawa kepada pergeseran dalam masyarakat.

IMF kini sedang mengemaskini unjuran ekonomi pada ketika ini dan akan mengeluarkannya dalam beberapa minggu.

Selain itu, disisi lain, Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell mengatakan bahawa Amerika Syarikat berkemungkinan mengalami kemelesetan ekonomi. Beliau juga percaya beberapa negara yang maju dan membangun juga telah mengalami kemerosotan ekonomi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat