Adakah GBP/USD Berikan Petanda Awal Penurunan Harga?

605

Setelah bergerak mendatar sejak sesi pasaran Asia hari ini, Pound Sterling mula menunjukkan penurunan pada sesi Eropah dan dapat dilihat pada carta pasangan matawang utama khususnya GBP/USD.

Sementara masih menunggu keputusan kelulusan penangguhan Brexit oleh EU27, Ketua Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker membuat kenyataan yang agak membimbangkan pasaran.

Beliau seperti meluahkan kekecewaan melalui kenyataan bahawa Brexit menghabiskan masa dan tenaga. Adalah amat menyakitkan terpaksa meluangkan terlalu banyak masa untuk isu Brexit.

Beliau juga turut menyatakan bahawa akan selamanya kesal terhadap keputusan UK untuk meninggalkan Kesatuan Eropah.

Dagangan Pound mula mendapat tekanan pada awal sesi Eropah bermula dan mula menunjukkan penurunan harga.

Dagangan GBP/USD yang mencapai paras ketinggian terbaru semalam pada resistance 1.30000 dilihat membuat penurunan hari ini melepasi garisan trendline yang menandakan perubahan trend harga.

Kebimbangan yang mula dirasai bakal mendorong pelabur untuk mengambil keuntungan pada posisi belian terdahulu sebelum mendapatkan arah pergerakan yang jelas buat Sterling.

Dengan jangkaan sentimen Brexit yang semakin membimbangkan, harga bakal membuat penurunan dan destinasi awal yang dilihat dituju harga adalah pada paras 1.27800 yang merupakan zon RBS (resistance become support).

Penurunan lebih rendah bakal menguji pula zon RBS lebih rendah di paras sekitar 1.27000.

Namun, jika laporan terbaru Brexit memberikan khabar positif, harga bakal melonjak tinggi mencari paras ketinggian terbaru berkemungkinan menguji zon resistance pada dagangan Mei lalu sehingga mencecah 1.31500.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat