Adakah Harga Bitcoin Dapat Meroket Kembali Ke Paras $20,000?

589

Harga Bitcon telah menunjukkan momentum yang cukup memberangsangkan apabila prestasi harga seunit mencatat peningkatan yang signifikan dalam beberapa minggu sehingga hampir ke paras $20,000. Walaubagaimanapun, hasrat para pelabur untuk melepasi paras harga $20,000 tidak kesampaian apabila harga bitcoin jatuh merundum dalam masa 24 jam.

Harga Bitcoin mencatat penurunan lebih 10% dalam masa kurang dari 24 jam iaitu dari paras harga $19,500 kepada $16,300 seunit. Bagi pelabur, perkara ini ibarat episod lautan merah kerana kebanyakkan matawang crypto mengalami kejatuhan yang sama.

Jurang paras harga $18,400 – $18,700 yang menjadi indikasi untuk para pelabur untuk meneruskan pelaburan telah hilang. Kawasan harga ini adalah penting sebagai sokongan. Sekiranya harga Bitcoin turun dibawah tahap sokongan ini maka rintangan sokongan sebelumnya akan gagal.

Sebilangan penganalisis berpendapat bahawa jurang sokongan harga seterusnya ialah antara $ 15,800-$16,300. Jika harga bitcoin dapat mengekalkan prestasi dalam julat tersebut maka terdapat potensi Bitcoin akan melonjak kembali. Walaubagaimanapun, jika gagal maka pembetulan harga bitcoin seterusnya ialah $ 13,800- $14,200.

Menurut Ketua Pembangunan Perniagaan Pertukaran Kripto Luno di Singapura, Vijay Ayyar, penyusutan tersebut didorong oleh situasi selepas pembelian secara besar-besaran kripto yang mendorong berlaku pembetulan harga semula.

Ayyar menjelaskan, sebaik sahaja pembetulan semula harga jangka pendek (short-term pullback) selesai, semua indikator dijangka akan melonjak menyambung pengukuhan.

BTC setakat ini mencatat harga sebanyak $16,988.73 seunit iaitu kejatuhan sebanyak 12% setakat jam 10.05 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat