Adakah Harga Minyak Bakal Tembus $80 Setong?

324

Dagangan komoditi hitam terus mengekalkan momentum pengukuhannya untuk didagangkan lebih tinggi wwalauoun terdapat kebimbangan daripada penangguhan pembukaan semula ekonomi oleh UK akan membataskan pertumbuhan permintaan.

Memasuki sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan menguat di paras harga $73 setong, sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula didagangkan mengukuh pada $71 setong.

Britain terpaksa menangguhkan rancangannya untuk membuka semula sekatan coronavirus secara menyeluruh pada 21 Jun disebabkan kebimbangan terhadap penularan Covid-19 varian Delta yang pertama kali dikesan di India.

Varian itu kini telah menjadi dominan di UK, sehingga menyebabkan berlaku lonjakan dalam kes jangkitan Covid-19 walaupun setakat ini lebih separuh daripada penduduk telah menerima vaksin.

Namun begitu, pasaran minyak masih berpegang teguh terhadap jangkaan permintaan yang akan meningkat, terutamanya di Amerika Syarikat pada musim panas ini.

Kanada dan AS dilaporkan akan membincangkan untuk membuka semula sekatan sempadan terhadap rakyat yang telah menerima vaksin sepenuhnya, dan ini meningkatkan harapan untuk permintaan bahan bakar yang tinggi sekiranya lebih banyak pergerakan dibenarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat