Adakah Ini Pengakhiran Emas Untuk Tahun 2021?

1,938

Emas mempamerkan aksi tidak menentu dengan kembali melonjak tinggi selepas terjunan yang dibuat pada sesi dagangan Rabu.

Seperti sedia maklum, volatiliti harga yang tinggi menjelang dagangan akhir tahun menyebabkan pergerakan pasaran tidak menentu dan ini meningkatkan risiko buat para pelabur untuk meletakkan posisi.

Ini bukan sahaja dipaparkan dalam pasaran mata wang, tetapi juga pada dagangan logam kuning emas.

Pergerakan ini diperlihatkan pada carta harga XAU/USD yang telah melonjak sekitar 290 pips dari paras terendah satu minggu $1,789 yang disentuhnya sebelum ini.

Pada sesi Asia, logam berharga itu diniagakan di sekitar paras tertinggi lima minggu pada $1,816 per auns, manakala niaga hadapan emas pula diperdagangkan positif pada $1,817 per auns.

Lonjakan emas turut menyusuli kemerosotan yang dicatatkan oleh hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang susut ke tahap 1.50%.

Mengehadkan keuntungan emas, pasaran Wall Street meningkat tinggi berikutan sentimen rsik-on pasaran selepas menyaksikan penurunan berterusan dalam tuntutan pengangguran AS.

Ini meredakan kebimbangan terhadap ekonomi yang mungkin terjejas akibat lonjakan jangkitan Covid-19 di Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat