Adakah Kenaikan Pada EUR/USD Bakal Diteruskan Melepasi Paras Resistance 1.12700?

687

Dagangan pasangan matawang EUR/USD pada Isnin menunjukkan kenaikan sehingga ke paras ketinggian pada 1.12700 dan pergerakan harga yang bersambung pada hari ini masih lagi menguji zon resistance tersebut.

Matawang Euro dan USD pada minggu ini didagangkan berhati-hati menjelang penetapan kadar faedah pada mesyuarat dasar monetari bank pusat Eropah dan juga minit mesyuarat FOMC.

Selain itu juga, pelabur turut memantau perkembangan pada persidangan Kesatuan Eropah pada minggu ini, rundingan Brexit dan juga hubungan dagang US-EU yang mempengaruhi dagangan pada EUR/USD.

Kenaikan harga pada EUR/USD tidak dilihat dilonjakkan oleh matawang Euro, sebaliknya adalah disebabkan kelemahan pada matawang dolar Amerika Syarikat yang terkesan berikutan kebimbangan pasaran terhadap pertumbuhan ekonomi global semakin reda dan mengurangkan permintaan terhadap USD.

Laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada minggu lalu turut gagal melonjakkan USD walaupun pertambahan pekerjaan mencatatkan angka yang tinggi. Ini adalah disebabkan kadar purata pendapatan di Amerika Syarikat untuk bulan Mac mencatatkan penurunan berbanding bacaan sebelumnya.

Pergerakan harga pada EUR/USD hari ini mendatar pada sesi Asia selepas kenaikan ditunjukkan pada dagangan semalam. Sesi pasaran Eropah hari ini melihatkan harga cuba untuk melepasi kenaikan lebih tinggi dari paras resistance 1.12700 yang merupakan paras ketinggian dagangan semalam.

Jika harga terus membuat kenaikan lebih tinggi, paras tumpuan pada 1.13000 akan diuji sebelum paras lebih tinggi pada resistance 1.13300 menjadi destinasi tumpuan harga yang seterusnya.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula dan turun bergerak lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.1247 pada indicator Moshed Magic Line hari ini, penurunan lebih rendah dijangka akan ke paras sekitar zon support 1.11800 juga merupakan paras support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line.

Lihat gambar chart pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dagangan anda.

Paras support: 1.1220, 1.1181, 1.1154.

Paras resistance: 1.1285, 1.1312, 1.1351.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat