Adakah Kenyataan Gabenor BOE Bakal Beri Tekanan Buat GBP?

578

Sentimen pasaran nampaknya masih menyebelahi dagangan US dolar untuk terus didagangkan lebih tinggi berbanding kebanyakan matawang utama pada awal sesi Eropah.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama didagangkan meningkat pada 90.40, selepas meraih sokongan daripada peningkatan hasil bon AS 10 tahun.

Pengukuhan dolar greenback telah mendorong dagangan matawang pound untuk susut lebih rendah dari paras ketinggian hampir tiga tahun yang dicapainya pada Khamis, menyebabkannya didagangkan di bawah paras harga 1.40000.

Gabenor Bank of England (BOE), Andrew Bailey memberitahu pada hari Jumaat bahawa ekonomi UK mungkin akan mencatatkan pertumbuhan negatif dalam suku pertama pada tahun ini.

Namun, beliau menjangkakan penguncupan ekonomi yang direkodkan mungkin lebih kecil berbanding dengan kemelesetan yang dicatatkan pada suku kedua tahun lalu.

Tambah Bailey lagi, kesan Covid-19 terhadap ekonomi dirasakan sangat tidak rata kerana terdapat beberapa bahagian, terutama sektor perkhidmatan yang bergantung kepada hubungan sosial terjejas teruk, sementara beberapa bahagian lain tidak terjejas.

Bagaimanapun, Bailey menekankan bahawa terdapat harapan baru yang muncul ke atas pemulihan lebih kuat susulan rancangan kerajaan untuk melonggarkan sekatan, program vaksinasi yang meluas dan pengurangan dalam kes Covid-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat