Adakah Keputusan Brexit Akan Mempengaruhi Hasil Pilihan Raya A.S Pada November Nanti?

208

Ketua perunding bagi Kesatuan Eropah Michel Barnier dijadualkan akan bertolak ke London pada hari ini bagi meneruskan rundingan perdagangan dengan Britain (UK) dengan harapan kesepakatan dapat dicapai sebelum akhir tahun ini.

Selepas UK mula menyatakan hasrat untuk mengundur daripada Kesatuan Eropah (EU) tanpa kesapakatan, kedua-dua belah pihak telah cuba untuk mengecilkan jurang perbezaan pandangan dengan bertemu setiap hari untuk menemui titik temu bersama.

Barnier dan pihak perunding EU akan berada di London sehingga hari Rabu, setelah itu rundingan akan berlangsung di Brussels dan akan diteruskan sehingga hujung minggu.

Para Para diplomat EU dijangkakan tidak akan memberi penerangan atau ulasan mengenai kemajuan dalam rundingan terakhir sehingga akhir minggu ini.

Disisi lain, Perdana Menteri Boris Johnson pada hari Isnin telah memberi jawapan mengenai persoalan yang acap kali timbul dalam pasaran bahawa keputusan dalam isu Brexit akan mempengaruhi keputusan pilihan raya Amerika Syarikat (A.S) atau sebaliknya.

Johnson menyatakan bahawa keputusan UK mengenai sama ada mahu menyetujui perjanjian Brexit dengan Kesatuan Eropah adalah sama sekali terpisah dengan keputusan pilihan raya A.S. yang akan dijalankan pada bulan hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat