Adakah Luka Yang Dialami Matawang Ini Akan Pulih?

47

Pound kembali menjilat luka pagi ini, sehari selepas Bank of England mengumumkan pengurangan kadar faedah. BoE juga mula mengorak langkah untuk pembelian bon bagi menyokong perkembangan ekonomi. US Dollar dilihat semakin kukuh menjelang pengumuman data pekerjaan Amerika Syarikat.

GBP/USD meningkat 0.17% hari ini.

GBP/USD, 15 minit
GBP/USD, 15 minit

BoE mengurangkan kadar kepada rekod terendah 0.25% daripada angka sebelum ini, 0.50%. Sejurus selepas keputusan itu, Pound mencatat kejatuhan terbesar apabila merosot 1.6% pada Khamis.

Baca : Rentetan Pengumuman Kadar Oleh BoE : Semua Persoalan Telah Terjawab!

Pound juga susut ke paras terendah dalam 3 minggu berbanding Euro.

Setelah BoE mengeluarkan keputusan pemotongan kadar, tumpuan pasaran mula beralih kepada data pekerjaan AS yang bakal dikeluarkan Jumaat ini.

Jika data yang dikeluarkan benar-benar kuat, perkara ini sekali gus akan menghidupkan semula jangkaan kenaikan Fed pada lewat tahun ini.

Sementara itu, US Dollar Index juga dilihat semakin pulih minggu ini setelah merosot akibat bacaan data suku kedua KDNK Amerika Syarikat yang lemah

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat