Adakah Minit Mesyuarat FOMC Akan Menguatkan Semula USD?

600

US dolar diperdagangkan menyusut berbanding kebanyakan matawang utama setelah meraih keuntungan daripada tindakan Presiden AS Donald Trump yang menghentikan rundingan mengenai rangsangan fiskal baru.

Tindakan mengejutkan Trump telah mendorong penjualan besar-besaran dalam pasaran Wall Street dengan pelabur bersiap sedia untuk menghadapi risiko penurunan baru ekoran ekonomi AS yang semakin goyah.

Bagaimanapun, pasaran kembali reda selepas presiden itu kemudiannya menggesa Kongres supaya meluluskan bantuan sokongan baru kepada syarikat penerbangan dan perniagaan kecil di Amerika.

Hal ini telah mendorong peningkatan dalam sentimen pasaran ketika sesi Asia dan niaga hadapan saham AS juga kembali positif.

Namun begitu, menurut penganalisis, ketidakpastian mengenai pakej rangsangan akan terus mendorong para pelabur untuk memperdagangkan matawang yang berisiko dengan berhati-hati.

Pada awal sesi Eropah, dolar greenback diniagakan susut pada 93.77 berbanding sekumpulan matawang utama.

Dalam pada itu, tumpuan pasaran kini terarah kepada penerbitan laporan minit mesyuarat Federal Reserve (Fed) untuk mesyuarat polisi sesi September untuk mendapatkan petunjuk lebih lanjut mengenai pandangan bank pusat terhadap prospek ekonomi AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat