Salah seorang penganalisis harga pasaran minyak mentah berpendapat bahawa ahli OPEC perlu menghentikan pertelingkahan mengenai sekatan jumlah pengeluaran yang tidak relevan kepada pasaran minyak global.
Kata Gary Ross, Pengerusi Eksekutif di PIRA Energy Group berkata bahawa pengeluar utama perlu sepakat untuk kembali menstabilkan harga kepada 61% lebih rendah daripada harga yang tertinggi pada tahun 2014.
Berikutan kebimbangan terhadap pembekuan bekalan kali pertama dalam tempoh 8 tahun itu, minyak mentah merosot kepada $45 setong pada awal bulan ini.
Kata Ross lagi, OPEC dijangka akan bersetuju pada 30 November nanti kerana mereka sudah dianggap terlalu terdesak.
Harga mungkin akan bergerak dengan lebih perlahan jika pertumbuhan bekalan global ini tidak dihentikan.
Kumpulan OPEC dijangka akan menggesa supaya ahlinya bersetuju kerana mereka semua memerlukan harga minyak kembali didagang tinggi. Pada Januari lalu, pengeluar nombor 1 minyak mentah iaitu Arab Saudi telah mengeluarkan rizab matawangnya bagi mengurangkan kesan penurunan nilai mendadak terhadap komoditi tersebut.
OPEC telah mengadakan perbincangan teknikal di ibu pejabat di Vienna pada 28 Oktober lalu bagi memuktamadkan butir-butir perjanjian September di Algeria. Mesyuarat itu telah mencapai persetujun untuk membendung output kepada 32.5 juta dan 33 juta tong sehari. Pun begitu, mesyuarat itu berakhir tanpa mencapai apa-apa perjanjian seperti kouta pengeluaran bagi setiap negara.
Huru-hara Pasaran Minyak Mentah
Setelah cadangan untuk mengurangkan pengeluaran pada mesyuarat bulan September di Algeria, harga telah kembali melonjak ke paras yang lebih tinggi. Pun begitu, kumpulan ini kembali merosakkan pasaran apabila terdapat sedikit pertelagahan pendapat untuk mencapai kata sepakat.
Sementara itu, Brent mentah didagang hampir tidak berubah pada $44.82 di ICE.
Menurut Ross, jika OPEC bersepakat untuk menyelesaikan isu ini, bekalan boleh turun sehingga 500,000 tong sehari dalam separuh pertama tahun 2017. Jadi, keputusan ini akan menstabilkan semula pasaran serta mempercepatkan pengurangan lebihan saham global.
Kata Ross lagi, tanpa pembekuan bekalan, pasaran mungkin mengambil masa lebih kurang setahun untuk mengembalikan semula pasaran minyak mentah kepada landasan yang betul. Beliau juga menganggarkan bahawa pertumbuhan global tahun ini akan mencecah sehingga 1.9 juta tong sehari dan 1.6 juta tong sehari bagi tahun 2017 kerana disokong oleh permintaan dari negara-negara Asia termasuk China dan India.
OPEC mahukan harga minyak mentah kembali ke sekitar $50 hingga $60. Jadi pada dasarnya, mereka perlu mempercepatkan proses pembekuan bekalan ini.