Adakah Pasaran Buruh Semakin Pulih? Ini Reaksi Pasaran Susulan Data Tuntutan Pengganguran Dikeluarkan!

239

Pada hari ini, Jabatan Buruh AS telah melaporkan bahawa pertumbuhan dalam pasaran yang dikecapi sejak bulan April semakin merosot setelah data baru menunjukkan jumlah orang yang membuat tuntun awal bagi faedah pengangguran di A.S hampir tidak berubah pada minggu lalu iaitu pada bacaan sekitar 1.3 juta.

Data yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh pada hari Khamis menunjukkan bahawa jumlah tuntutan pengangguran pada minggu lepas jatuh sebanyak 10,000 dari angka yang disemak semula iaitu 1.310 juta. Hal ini menjadikan jumlah tutuntan pengangguran pada minggu yang berakhir 11 Julai adalah 1.3 juta. Bacaan ini sedikit mengecewakan dimana para penganalisis menjangkakan bahawa jumlah tersebut akan jatuh lebih banyak iaitu sehingga kepada jumlah 1.25 juta.

Secara tidak langsung ini menandakan 16 minggu berturut tuntutan awal pengangguran melebih 1 juta. Menurut penganalisis, Michael Pearce, berpendapat bahawa terdapat tanda-tanda yang jelas bahawa kesan jangka panjang semakin tampak dengan pemberhentian kerja secara kekal semakin meningkat. Ditambah pula dengan belum adanya vaksin bagi pandemik ini dan keperluan untuk penjarakkan sosial akan memperlahankan lagi pemulihan ekonomi.

Setakat ini Amerika Syarikat sedang bergelut dengan peningkatan jangkitan wabak Covid-19 iaitu sebanyak 3.5 juta kes positif dilaporkan berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Johns Hopkins Universiti.

Susulan daripada laporan ini dikeluarkan, bursa saham Dow Jones jatuh 200 mata iaitu 0.5% dan bursa saham S&P jatuh 0.8%. Bursa Nasdaq lebih terkesan dengan jatuh sebanyak 1.1%.

Indeks US dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan rendah dengan penyusutan sebanyak 0.13% pada paras 95.922 setakat jam 09.40 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat