Adakah Pelonggaran Dasar Bank of Japan Dapat Dicapai?

55

Selepas US mencatat keuntungan berbanding nilai yen baru-baru ini, Dollar dilihat menghampiri paras tertinggi dalam tempoh 4 bulan. Hal ini bermula daripada data Amerika Syarikat yang semakin mengukuh, serta jangkaan bahawa BoJ akan mengambil langkah-langkah pelonggaran tambahan.

Commerce Department US juga melaporkan perumahan AS mula melonjak 4.8 peratus kepada kadar tahunan pelarasan bermusim sebanyak 1.19 juta.

Selain itu, sejak mencapai paras tertinggi sejak 24 Jun berikutan keputusan Brexit, Dollar susut 0.2% berbanding yen kepada ¥ 105.96 selepas melonjak kepada nilai 106.53 pada hari Selasa.

Sementara itu, speculator juga terus menyimpan yen sebagai safe-heaven currencies kerana menganggap matawang ini kalis dari kesan Brexit. Mereka juga beranggapan BoJ akan melonggarkan kadar pada kajian dasar 28-29 Julai nanti.

Reuters juga mendapati majoriti pakar ekonomi mempunyai pandangan yang sama.

Menurut Kanoe Ogino, yang merupakan pengarah firma penyelidikan forex Global-info Co di Tokyo, “Jika BoJ tidak mengambil apa-apa tindakan, nilai Dollar/yen mungkin akan kembali kepada 100.”

Beliau berpendapat bahawa tumpuan telah beralih kepada jangkaan peningkatan kadar faedah (interest rate) oleh Amerika Syarikat. Beliau juga diramalkan menyokong Dollar walaupun BoJ tidak memutuskan sebarang pengurangan dasar bulan ini.

Menurut sumber-sumber lain, penggubal dasar Jepun dilihat tidak akan menggubal polisi untuk membiayai perbelanjaan kerajaan melalui pinjaman wang secara langsung. Namun, mereka berkemungkinan akan melancarkan pengembangan fiskal dan monetari secara agresif untuk mengatasi deflasi.

Sementara itu, Indeks US Dollar yang mengukur kekuatan melalui 6 pencabar mata wang utama berada pada nilai 97.185 di awal sesi, iaitu paras tertinggi sejak 10 Mac.

“Pergerakan Dollar Index masih dalam fasa consolidative sejak Mac 2015. Hala tuju indek ini juga dijangka lebih optimis,” kata Marc Chandler, ketua strategi mata wang global di Brown Brothers Harriman.

Selain itu, beliau juga berpandangan bahawa US Dollar akan kekal kukuh. Ia secara umumnya berikutan perbezaaan antara Amerika Syarikat berbanding ekonomi utama yang lain.

Fed future rates juga menunjukkan kebanyakan pelabur mempunyai peluang 50/50 bahawa Bank Pusat US akan meningkatkan kadar dalam mesyuarat bulan Disember. Menurut CME Group, jumlah ini meningkat berbanding kurang dari 20% yang direkodkan beberapa minggu lepas.

Euro mencatatkan penurunan pada Sesi Eropah kepada $1.1013 iaitu sebanyak 0.1%. Hal ini berlaku setelah Euro mencatatkan nilai paling rendah dalam tempoh 3 minggu iaitu pada $1.0995 pada awal sesi.

Selain itu, European Central Bank (ECB) akan mengadakan mesyuarat polisi pada hari Khamis sebelum cuti musim panas selama 8 minggu. Hasil mesyuarat ini dijangka tidak akan memutuskan sebarang langkah-langkah pelonggaran tambahan.

“Baik ECB, tiada perubahan drastik dijangka apabila melihat kepada parameter teknikal,”ulas Mitul Kotecha, Ketua Strategi FX, Asia-Pasifik untuk Barclays di Singapura.

Beberapa bond trader juga percaya ECB berkemungkinan akan menangani masalah kekurangan bon di bawah program rangsangan 1.7 trillion euro.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat