Adakah Sektor Buruh Sudah Menujukkan Tanda Semakin Pulih? Ini Jumlah Tuntutan Pengangguran Minggu Lalu!

310

Bilangan rakyat Amerika yang membuat tuntutan pengangguran awal adalah berjumlah 2.98 juta pada minggu yang berakhir pada 9 Mei berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh A.S pada hari Khamis. Jumlah ini merupakan jumlah yang paling rendah dicatat sejak Mac lalu, namun ini tidak membawa indikasi yang jelas mengenai pemulihan pasaran buruh.

Walaubagaimanapun, angka ini lebih tinggi dari ramalan yang diramal oleh penganalisis yang meramalkan jumlah tuntutan sebanyak 2.5 juta. Tuntutan pengangguran secara beransur-ansur menurun sejak mencatat rekod 6.86 juta pada minggu yang berakhir pada 28 Mac.

Data ini hadir selepas sehari ulasan Ketua Rizab Persekutuan Jerome Powell yang memeberi amaran bahawa ekonomi A.S berkemungkinan berhadapan pertumbuhan yang lemah dan pendapatan yang mendatar lebih lama dari sepatutnya kerana pandemik Covid-19.

Powell menekankan bahawa para pekerja yang bergaji rendah yang paling banyak berhadapan dengan risiko pengangguran.

Pengumuman terbaru ini menjadikan jumlah tuntutan pengangguran meningkat sebanyak 36.5 juta sejak 21 Mac lalu iaitu hampir satu per empat dari populasi tenaga buruh. Ekonomi telah kehilangan 20.5 juta pekerjaan pada bulan April.

Pakar ekonomi menjangkakan jumlah tuntutan pengangguran akan pulih pada akhir bulan Mei atau pada bulan Jun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat