Adakah The Fed Akan Mengekalkan Kadar Faedah Di Paras Sifar Selama Bertahun-Tahun? – Ini Ulasan Penganalisis

230

Terkini, pentadbiran the Fed telah menggariskan dasar baru yang akan mensasarkan “purata inflasi”, yang bermaksud toleransi yang lebih tinggi untuk inflasi melebihi 2% sebelum menaikkan kadar faedah dari tahap semasa. Sebelum ini, the Fed akan melihat penurunan kadar ketika kadar pengangguran mulai turun sebagai tanda bahawa inflasi tidak akan berkurangan.

Perkara ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pakar ekonomi. Segelintir pakar ekonomi berpendapat bahawa kadar hampir sifar ini akan berkekalan untuk beberapa bulan namun untuk beberapa tahun bagi mencapai matlamat ekonomi.

Justeru yang menjadi persoalan pada ketika ini, adalah seberapa kritikal komitmen the Fed terhadap inflasi, kriteria pengangguran dan seberapa lama kadar faedah di paras hampir sifar.

Walaubagaimanapun, Quincy Krosby, ketua strategi pasaran Prudential Financial percaya bahawa berdasarkan pengalaman ekonomi lalu, the Fed akan berkemungkinan akan mengekalkan kadar faedah para paras ini atau lebih rendah untuk tempoh yang lama.

Wakil Ketua Fed Richard Clarida berpendapat bahawa Fed tidak akan menaikkan kadar hanya kerana pengangguran turun ke tahap tertentu. Dalam masa yang sama Fed telah menunjukkan bahawa mereka komited untuk mencapai matlamat yang telah diletak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat