Adakah Zon Eropah Akan Catat Pertumbuhan Berbentuk V?

435

Kemelesetan ekonomi Zon Eropah dilihat semakin berkurangan pada bulan ini berikutan ekonomi kembali dijana dengan pembukaan sektor perniagaan. Walaubagaimanapun, hasil tinjauan pada hari Selasa mendapati pemulihan ekonomi berbentuk V berkemungkinan dijangka  tidak akan berlaku.

Setakat ini lebih dari 9 juta orang di seluruh dunia telah dijangkiti oleh wabak Covid-19 dan 500,000 orang telah berhadapan dengan kematian akibat penularan wabak Covid-19. Walaupun terdapat peningkatan kes baru yang dilaporkan, pemerintah di seluruh Eropah secara beransur-ansur mengangkat sekatan-sekatan yang dikenakan terhadap warga UK dan sektor perniagaan.

Hasil tinjauan mendapati aktiviti ekonomi masih menguncup berbanding bulan sebelumnya, namun di beberapa negara seperti Perancis telah menunjukkan kadar pemulihan yang sederhana.

Indeks Pembelian Pengurus (PMI) zon Euro IHS Markit yang menjadi salah satu indikator yang mengukur keadaan ekonomi telah mula pulih dari bacaan 31.9 kepada 47.5. Ia mencapai tahap terendah iaitu bacaan 13.6 pada bulan April.

Penganalisis berpendapat bahawa pembukaan semula ekonomi secara beransur-ansur dalam dua bulan terakhir telah menyebabkan lonjakan dalam aktiviti ekonomi secara mendadak. Walau bagaimanapun, dapat disimpulkan sesuatu yang pasti bahawa ekonomi zon euro dapat mengekalkan momentum pemulihan ini.

Walaubagaimanapun, pengangguran yang lebih tinggi, syarikat yang muflis, pengurangan pesanan dan staf dapat menghambat pemulihan berbentuk V.

Tinjauan Reuters mendapati ekonomi blok itu dijangka menguncup 12.5% pada suku ini sebelum tumbuh 7.9% pada suku ketiga.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat