ADP: Amerika Catat Pengurangan Pekerjaan Sektor Swasta Jauh Lebih Rendah! Adakah Ini Suatu Petanda Yang Baik!

442

Laporan ADP pada hari Rabu menunjukkan syarikat telah mengurangkan 2.76 juta pekerja pada bulan Mei kerana wabak Covid-19 telah memberi kesan kepada ekonomi A.S.

Sebanyak lebih 1.6 juta pekerja telah kehilangan pekerjaan pada bulan Mei. Sektor pembuatan adalah yang paling terkesan kerana sektor ini telah kehilangan 719,000 pekerja.

Jumlah yang dilaporkan jauh di bawah anggaran yang menganggarkan pengurangan sebanyak 8.75 juta. Laporan ADP ini membawa indikasi bahawa kesan penularan wabak Covid-19 akan semakin berkurangan.

Ketua ekonomi Moody’s Analytics, Mark Zandi memberi ulasan mengenai laporan ADP yang dikeluarkan pada harini bahawa angka yang dikeluarkan adalah tidak memberangsangkan namun tidak seburuk jangkaan.

Menurut Zandi, jumlah ADP adalah didorong oleh penurunan mendadak dalam tuntutan pengangguran yang berterusan dan para pekerja yang menerima faedah pengangguran.

Bulan Mei menandakan penurunan mendadak berbanding bulan April yang mencatat kejatuhan sebanyak 19.6 juta. Kerugian bulan April adalah bacaan yang terburuk dalam sejarah tinjauan ADP.

Disisi lain, Ketua Institut Penyelidikan ADP, Ahu Yildirmaz bahawa kesan krisis Covid-19 terus membebankan sektor perniagaan dan sektor-sektor utama yang lain. Dalam masa yang sama sektor tenaga kerja masih lagi terkesan daripada penularan pandemik namun dijangka pengangguran akan mula berkurangan pada bulan Mei.

Ahli ekonomi menjangkakan bahawa angka hari Jumaat yang merangkumi pekerja kerajaan dijangka akan mencatat kejatuhan sebanyak 8.33 juta dan hal ini akan mendorong kadar pengangguran dari 14.7% pada bulan April kepada 19.5%.

Industri berkaitan dengan perkhidmatan, yang merangkumi sebahagian besar sektor pekerjaan telah kehilangan 1.96 juta berdasarkan laporan ADP.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat