ADP: Amerika Mencatat Pertambahan Pekerjaan Sektor Swasta 8 Bulan Tertinggi Pada Bulan Lalu!

294

Data pekerjaan ADP (Automatic Data Processing) yang dikeluarkan pada hari ini menunjukkan pertambahan jumlah pekerjaan sektor swasta di Amerika Syarikat bertumbuh dengan lebih perlahan pada bulan Disember.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh ADP National Employment pada hari Rabu menunjukkan jumlah pekerja sektor swasta telah menambah sebanyak 202,000 pekerjaan berbanding pada bulan November yang mencatat penambahan124,000 pekerjaan.

Pakar ekonomi jangkakan bilangan pekerjaan sektor swasta akan meningkat sebanyak 160,00 pada bulan Disember. Bacaan yang dicatat pada bulan Disember merupakan penambahan pekerjaan yang paling banyak sejak April.

Laporan ADP, yang dikembangkan secara bersama dengan Analytics Moody, telah diterbitkan sebelum laporan kerja yang lebih komprehensif dikeluarkan oleh kerajaan pada hari Jumaat ini.

Pakar ekonomi Reuters meramalkan upah NFP dijangka meningkat sebanyak 164,000 pekerjaan bulan lalu selepas melonjak 266,00 pekerjaan pada bulan November. Kadar pengangguran dijangka stabil hampir pada paras terendah 50 tahun iaitu pada 2.5%.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh sebanyak 0.11% pada paras 96.815 setakat jam 10.20 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat