Aduh! Angkara Lonjakan Stok AS, Harga Emas Hitam Jatuh Lagi

433

Dagangan komoditi hitam jatuh pada awal sesi Asia di tengah-tengah kekhuatiran berterusan terhadap permintaan global yang lemah berikutan peningkatan kes Covid-19 di seluruh dunia, terutama Amerika Syarikat dan Eropah yang semakin membimbangkan.

WTI Amerika Syarikat didagangkan susut 1.8% pada $40.36 setong, manakala minyak mentah Brent pula merosot 1.5% kepada $42.87 setong.

Kedua-dua penanda aras itu telah mencatatkan peningkatan kira-kira 8% minggu ini berikutan laporan positif mengenai vaksin Covid-19 oleh Pfizer selain turut disokong oleh harapan bahawa OPEC+ akan menangguh rancangan untuk meningkatkan pengeluaran pada Januari 2021.

Bagaimanapun, dengan peningkatan kes di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain hingga mencatat rekod yang tinggi, kembali melemahkan dagangan komoditi itu.

Data daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA) yang mengecewakan, menambahkan lagi tekanan buat dagangan emas hitam di mana bekalan minyak mentah meningkat sebanyak 4.3 juta tong pada minggu lepas, berbanding jangkaan penurunan 913,000 tong.

Sementara itu, Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) memberi amaran bahawa kejayaan dalam menghasilkan vaksin tidak akan memulihkan semula pasaran tenaga yang masih dilanda krisis Covid-19 dengan cepat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat