Pertukaran arah harga berlaku semula pada carta pasangan mata wang GBP/USD Rabu semalam ketika data-data ekonomi penting diterbitkan yang mempengaruhi mata wang Pound dan US dolar.
Data inflasi UK diterbitkan di sesi Eropah telah menjunamkan Pound walaupun baru sahaja pulih sedikit pada Selasa.
Bacaan indeks harga pengguna (CPI) UK catat angka yang lebih perlahan berbanding ramalan, merekodkan inflasi paling rendah sejak Oktober 2021.
Justeru, harga telah mula menjunam di sesi Eropah ekoran penjualan ke atas mata wang Pound yang berlaku itu.
Menyambung dagangan pada sesi New York, penurunan diteruskan apabila US dolar pula dilihat pulih disokong oleh terbitan data tinjauan keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) bersama data jualan rumah.
Kedua-dua data tersebut catat angka bacaan yang meningkat atasi ramalan.
Pada carta GBP/USD, setelah harga menjunam di bawah paras 1.27000 di sesi Eropah, harga melanjutkan penurunan di sesi berikutnya mencecah 1.26250.
Penurunan harga semula di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut mencadangkan pergerakan bearish harga akan berterusan.
Seterusnya, paras 1.26000 akan menjadi tumpuan untuk diuji dan reaksi harga akan diperhatikan untuk petunjuk pergerakan harga selanjutnya.
Jika harga berjaya tembus, harga akan menuju pula ke zon support pada 1.25000.
Sebaliknya jika situasi pergerakan pasaran berubah semula, pelabur mungkin melihat lonjakan ke paras 1.27000 semula.
Setelah rintangan awal itu diatasi, kenaikan harga akan mensasaran semula zon 1.28000 seperti yang dipamerkan pada pergerakan minggu lalu.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG