Agents AI Boleh Jadi Pembeli Kripto Terpenting, Apa Maknanya?

343

“Wow maksudnya AI ni macam tulang belakang kripto juga la kan?”

Joe Lonsdale, co-founder firma analisis data Palantir (PLTR) baru-baru ini mendedahkan pandangannya tentang artificial intelligence (AI) dalam ekonomi yang mampu beri pelbagai manfaat terhadap mata wang kripto.

Hal ini kerana AI agents iaitu entiti menggunakan teknologi AI untuk melaksanakan tugas tertentu mungkin bakal mengaplikasi kripto apabila menjalankan transaksi kewangan dan Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH) termasuk Solana (SOL) akan menjadi tiga pilihan terbaik.

Agents AI adalah salah satu pembeli yang sangat penting susulan ia akan melakukan banyak perkara dalam ekonomi, ulas Lonsdale sambil menambah agents AI mungkin menggunakan kripto untuk menyelarsakan dengan sistem insentif.

Disebabkan tools AI arus perdana seperti ChatGPT melihat kejayaan sangat luar biasa pada tahun lepas, terdapat banyak perbincangan berkenaan bagaimana AI juga boleh menyertai dunia kripto yang kian dikenali ramai.

Memang tidak dinafikan spot ETF akhirnya sudah didagangkan di Amerika Syarikat (AS), tetapi Lonsdale berpendapat bahawa pendorong harga BTC naik lebih tinggi sebahagian besarnya bergantung pada latar belakang makro.

Sekiranya negara menghadapi inflasi sekali lagi atau defisit yang besar pada tahun 2025 sehingga 2026, kripto boleh beri impak positif yang sangat banyak, tegas co-founder PLTR.

Pada sisi berbeza, Nvidia yang merupakan antara pengeluar cip AI terkemuka di dunia telah memeterai perjanjian bersama Yayasan Sains Kebangsaan (NFS) untuk menyokong inisiatif penyelidikan AI baharu yang makin berkembang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat