Agihan Dividen ASNB Sebanyak 4.6 sen Seunit, Memuaskan?

495

‘4.6 sen je.’

Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan dividen sebanyak 4.6 sen seunit kepada pemegang Amanah Saham Bumiputra (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (FY22).

Turut diumumkan bonus tambahan 0.5 sen seunit, bagi 30,000 unit pertama, yang merangkumi jumlah bayaran sebanyak RM8.9 bilion terhadap 10.6 juta pemegang.

Ulas Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Arifin Zakaria, mereka berjaya mengekalkan pengagihan pendapatan kompertatif di sebalik keadaan mencabar pasaran dan harapnya bonus itu dapat meringgankan kos sara hidup yang tinggi.

Tambah Presiden dan eksekutif kumpulan, Ahmad Zulqarnain Onn, syarikat-syarikat Malaysia muncul sebagai penyumbang terbesar tahun ini hasil dorongan pelaburan ASB dalam perkhidmatan kewangan, perladangan dan penjagaan kesihatan.

Ahmad Zulqarnain turut menggariskan terdapat penambahan jumlah akaun sebanyak 200,000 kepada 10.6 juta akaun tahun ini,  dan unit dalam edaran meningkat sebanyak 4.6 bilion (2.53%) kepada 186.4 bilion unit.

Bagi tempoh 11 bulan pertama 2022, jumlah aset di bawah pengurusan (AUM) PNB meningkat RM343.1 bilion daripada RM336.7 bilion tahun lalu.

Tempoh masa sama itu juga menyaksikan unit dalam edaran kesemua 17 dana ASBN meningkat sebanyak 283.2 bilion unit berbanding 276.2 bilion unit dengan jumlah pemegang akaun canak dari 14.8 juta kepada 15.2 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat