Akhirnya Elon Musk Kalah Kepada Inflasi, Terpaksa Naikkan Harga Produk

494

‘Nak stay kaya kenalah naikkan harga kalau tak rugi, ye tak.’

Syarikat SpaceX milik Elon Musk telah menaikkan harga perkhidmatan satelit internetnya, Starlink kepada semua pelanggan kerana tekanan inflasi yang kuat.

Menurut kenyataan SpaceX di Twitter, harga kit Starlink; terminal; tripod dan; pengala WiFi akan dinaikkan dari $499 ke $599 bagi pembelian baharu.

Manakala bagi pelanggan yang sudah membuat bayaran deposit $100, mereka perlu membayar $549, kenaikan sebanyak $50, bagi kit tersebut sebelum boleh menerimanya.

SpaceX turut juga menaikan harga langgangan bulanan dari $99 kepada $110, kenaikan sebanyak $11.

Hujar SpaceX, tindakan tersebut ‘dibuat bagi menyesuaikan keadaan dengan peningkatan kadar inflasi’.

Tambahnya, pelanggan boleh membatalkan langganan Starlink mereka dan menghantar semula kit tersebut dalam tempoh setahun untuk bayaran balik (refund) sebanyak $200 sementara pelanggan baru perlu membayar pendahuluan sebanyak $710, peningkatan daripada $600 sejak ujian betanya bermula pada Oktober 2020.

Setakat ini tiada kenyataan lanjutan dari pihak SpaceX.

Umum mengetahui bahawa Starlink memiliki lebih daripada 2,100 satelit yang mengelilingi orbit dan merancang untuk melancarkan sebanyak 42,000 menjelang pertengahan 2021.

Pada Februari 2021 lalu, Musk pernah tweet dengan menyatakan SpaceX ‘perlu melalui jurang aliran tunai negatif yang mendalam sepanjang tahun depan atau lebih, bagi Starlink menjadi lebih daya maju dari segi kewangan’.

Selain itu, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi SpaceX, Gwynne Shotwell berkata syarikat tersebut telah mengurangkan harga terminal Starlink dari $3,000 kepada $1,500 dan mengharapkan kos itu akan turun lagi kepada beberapa ratus dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat