Akhirnya Selepas 11 Tahun, ECB Naikkan Kadar Faedah 50 Mata Asas

286

Bank Pusat Eropah (ECB) menepati jangkaan secara meluas dengan meningkatkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat polisi pada Khamis, sekali gus menjadikannya kenaikan pertama dalam tempoh 11 tahun.

Walaupun ekonomi sedang menderita daripada kesan perang Rusia di Ukraine, tetapi ECB mengambil langkah untuk membendung inflasi yang dibimbangi akan memudaratkan pertumbuhan lebih luas.

Dengan kenaikan setengah mata asas, kadar faedah Eropah kini berada pada 0.50% daripada 0.00%.

Bank pusat itu pada mulanya memberi isyarat untuk menaikkan akdar sebanyak 25 mata asas, tetapi disebabkan tekanan harga terus meningkat dan penggubal dasar menganggap wajar untuk mengambil langkah pertama yang lebih besar.

ECB juga berkata bahawa normalisasi selanjutnya dalam kadar faedah akan dilaksanakan pada mesyuarat akan datang.

Pada masa yang sama, Instrumen Perlindungan penghantaran (TPI) telah diluluskan yang bertujuan untuk menstabilkan pasaran bon di mana skala pembelian TPI bergantung pada keterukan risiko.

Mata wang euro melonjak lebih tinggi susulan keputusan ECB, namun merosot semula tidak lama selepas itu.

Presiden Christine Lagarde memberitahu walaupun kenaikan lebih besar daripada jangkaan, tetapi ia tidak bermakna ECB akan meningkat kadar melebihi jangkaan 125 mata asas pada 2022.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat