Aktiviti Pembangunan Tertinggi? Ini 5 Kripto Perlu Diambil Perhatian!

148

“Mungkin berpotensi mungkin tidak, jadi pelabur kena berhati-hati je kalau nak beli kripto tu.”

Tahun 2023 merupakan matlamat baharu untuk pasukan pembangun berusaha mengembangkan lagi ekosistem mata wang kripto selepas mengalami kemusnahan susulan krisis FTX.

Rentetan itu, kebanyakan projek aset digital bersandarkan teknologi blockchain didapati mengupah sejumlah besar pembangun yang memiliki pengalaman untuk membangunkan semula ekosistem tersebut. 

Suka dimaklumkan bahawa Polkadot (DOT), Kusama (KSM) dan Cardano (ADA) adalah antara top 3 aset digital yang melaksanakan aktiviti pembangunan paling banyak di platform perkhidmatan pengehosan internet, GitHub pada hari ini.

Namun perlu diingatkan KSM adalah sister chain* kepada DOT dan ini membawa makna bahawa jumlah aktiviti pembangunan mereka adalah serupa.

*Blockchain yang menggunakan software EOSIO tetapi mempunyai token tersendiri yang digunakan untuk peruntukan sumber.

Selain itu, aset digital lain yang turut mencatat senarai top 10 dalam aktiviti pembangunan ialah Decentraland (MANA), Status (SNT), Cosmos (ATOM), Filecoin (FIL), Internet Computer (ICP), Ethereum (ETH), dan Concordium (CCD).

Penggunaan platform GitHub dilaporkan semakin meningkat berikutan terdapat pelbagai individu seperti pakar pengekodan memanfaatkan kemudahan teknologi tersebut untuk projek berkaitan kripto atau sebaliknya. 

Ekoran perkembangan dalam aktiviti pembangunan, harga ADA lonjak sebanyak 50% dalam tempoh 30 hari lalu yang mengekalkan kedudukan top 3 dalam GitHub diikuti dengan peningkatan aset digital lain.

Pun begitu pada waktu penulisan, ADA sedikit susut berikutan penyusutan meluas dalam pasaran kripto.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat