Alamak! Data CPI AS Semalam Punca BTC Susut Dari $50K!

231

“BTC dah naik tinggi kot, mestilah harganya nak rehat kejap.”

Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) merudum semula di bawah $49,000 apabila terbitan data Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi Januari 2024 menunjukkan inflasi menyusut 3.1% daripada 3.4%, tetapi masih tinggi daripada jangkaannya 2.9%.

Rentetan itu, peserta pasaran kripto pada masa ini melihat terdapat kebarangkalian 34% peluang bagi Federal Reserve (Fed) mengurangkan kadar faedah pada Mei 2024.

Peluang lebih rendah untuk pemotongan kadar faedah yang akan berlaku telah menjejaskan pasaran tradisional susulan hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) 10 tahun turun 12 mata asas manakala ekuiti S&P 500 dan Indeks Komposit Nasdaq merosot 2%.

Disebabkan data CPI, saham tertumpu kripto tersenarai Amerika Syarikat (AS) juga merosot apabila pasaran dibuka, di mana saham Coinbase (COIN) dan MicroStrategy (MSTR) turun 3% manakala miners BTC Marathon (MARA) termasuk Riot Platforms (RIOT) masing-masing susut 5% serta 2%.

Menurut Craig Erlam, penganalisis senior di platform broker dalam talian OANDA berkata pedagang kini hanya menetapkan tiga pemotongan kadar faedah 75 mata asas untuk 2024, bagaimanapun kebimbangan tentang inflasi mungkin akan berubah pessimistic*.

*Cenderung untuk melihat aspek terburuk sesuatu atau percaya bahawa yang terburuk akan berlaku

Sungguhpun pasaran kripto kelihatan terlalu optimistik pada bulan lepas, Erlam yang masih melihat kemajuan besar pada inflasi telah menjangkakan akan terdapat lebih banyak situasi tidak dijangkakan dalam beberapa bulan lagi.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 1.19% pada paras $49,504 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $971 bilion namun masih mencatatkan pendakian 14.73% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat