Alamak! Kata-Kata CEO Goldman Sachs Punca BTC Tergelincir!

314

“Alaaa jangan risaulah, harga BTC jatuh sikit je mungkin lepas ni naik balik ke.”

Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) melemah semula sehingga $68,935 sejurus selepas Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Goldman Sachs David Solomon meramalkan tiada lagi pemotongan kadar oleh Federal Reserve (Fed) pada tahun ini.

Susulan BTC sebagai aset digital tidak menentu yang sangat sensitif terhadap perubahan makroekonomi, kenyataan Solomon tersebut telah menyebabkan ramai pelabur menyuarakan ketidakpastian secara meluas yang sejak kebelakangan ini turut kian meningkat.

Bagi Solomon, ekonomi yang seimbang secara relatif menyebabkan tiada data memerlukan pengurangan kadar faedah tetapi membiarkan kadar faedah tinggi akan memihak pada bank susulan mereka boleh dapat lebih banyak pendapatan melalui saluran kredit yang didahulukan kepada pelabur.

Pelaburan dalam Artificial Intelligence (AI) dan perbelanjaan Kerajaan telah membantu mengurangkan kesan kadar faedah yang lebih tinggi terhadap ekonomi, ulas Solomon lebih lanjut.

Namun, unjuran daripada Solomon mampu mengakibatkan aset tradisional terus bersaing dengan BTC dari segi hasil dan pelabur konservatif boleh pilih untuk kekal dengan Bil dan Bon Perbendaharaan atau pertaruhan lain yang lebih selamat apabila kadar faedah lebih tinggi.

Suka dimaklumkan bahawa salah satu pemangkin utama harga BTC menembusi hampir $72,000 adalah disebabkan permintaan kukuh melalui ETF di mana terdapat aliran masuk bersih kira-kira $1.2 bilion sepanjang minggu lepas.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 0.81% pada paras $69,544 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion tetapi masih mencatatkan kenaikan 5.30% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat