Alamak! Kenapa Peguam Negara New York Saman 2 Firma Kripto Ini?

294

“Setiap hari mesti ada kes berkaitan kripto, kalau tak ada memang tak sah.”

Peguam Negara New York Letitia James memfailkan tuntutan mahkamah terhadap firma perdagangan mata wang kripto NovaTechFx dan syarikat mining aset digital AWS Mining atas kesalahan melakukan skim piramid haram.

Rentetan itu, lebih 11,000 individu dan ratusan ribu pelabur telah ditipu sehingga mengakibatkan kerugian melebihi $1 bilion dalam kripto yang kebanyakannya adalah warga New York Haiti yang tertipu melalui pelbagai saluran termasuk kumpulan doa, platform media sosial dan group chats WhatsApp.

Menerusi siasatan dijalankan oleh Pejabat Peguam Negara antara 2019 dan 2023, pelabur telah mendepositkan kripto bernilai lebih $1 bilion ke dalam NovaTech tetapi yang mengejutkan hanya $26 juta sahaja didagangkan pada platform dagangan aset digital itu.

Peguam Negara James mendedahkan beribu-ribu warga New York telah dijanjikan secara palsu kehidupan yang lebih baik jika mereka mempercayai NovaTech dan AWS Mining dengan wang mereka, bagaimanapun itu semua adalah pembohongan semata-mata.

Bukan itu sahaja, AWS Mining juga mengendalikan skim mengelirukan, menjanjikan pulangan bulanan pelabur antara 15 hingga 20 peratus termasuk bonus mewah untuk merekrut pelabur baharu.

Diperjelaskan, kejatuhan AWS Mining telah menyebabkan pengasas Cynthia dan Eddy Petion melancarkan NovaTechFx kemudian meneruskan aktiviti penipuannya dengan menarik pelabur baharu melalui janji serupa iaitu pulangan tinggi dan bonus.

Menurut Pengarah Eksekutif Konbit Neg Lakay Renold Julien, beliau berterima kasih kepada Peguam Negara James susulan pantas bertindak melindungi semua warga New York yang kebanyakannya berjalan berbulan-bulan melalui hutan di negara-negara Amerika Tengah untuk ke AS cari masa depan lebih baik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat