Alamak! Matawang Pound Kini Dalam Bahaya

1,036

Dagangan matawang utama terus suram ketika pasaran memasuki sesi Eropah, dengan dolar greenback meneruskan pengukuhannya disokong oleh hasil perbendaharaan 10 tahun yang tinggi.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding kebanyakan matawang utama diniagakan menguat pada 90.32.

Matawang euro terus didagangkan rendah, berlegar di sekitar paras terendah 2 minggu berbanding US dolar pada paras harga 1.21900 pada awal sesi Eropah.

Selepas menyaksikan beberapa episod kejatuhan US dolar, para pelabur kini melihat pemulihan ekonomi yang akan mendorong peningkatan inflasi dan menghentikan pelonggaran Federal Reserve (Fed) menjelang akhir tahun ini.

Fed malah bertindak lebih awal untuk tidak meningkatkan skim pembelian bonnya selepas melihat kelemahan dalam sektor pekerjaan Amerika Syarikat, di mana laporan NFP pada Jumaat lalu mencatatkan pengurangan sehingga 140,000 pekerjaan pada bulan Disember.

Hal ini mungkin disebabkan Fed yang mahu memberi ruang buat pentadbiran baru Joe Biden yang akan melaksanakan pakej rangsangan lebih besar.

Sementara itu, matawang pound pula dijangka akan mengalami tekanan dalam waktu terdekat memandangkan para penggubal undang-undang UK kini sedang mempertimbangkan sekatan yang lebih ketat.

Walaupun Perdana Menteri Boris Johnson telah melaksanakan sekatan tahap 4 ke atas 80% penduduknya pada akhir Disember, namun angka kes jangkitan dalam tempoh 7 hari kini menunjukkan peningkatan sehingga lebih 60,000 orang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat