Alamak! Pekerja Terra Didapati Mencuri 80 Bitcoin Bernilai $2.39 Juta?

1,019

Di tengah-tengah penyiasatan berasingan oleh polis Korea Selatan berhubung penyelewengan dana Terra, siasatan terbaru juga sedang berjalan. Pada hari Selasa, pekerja Terraform Labs telah ditahan oleh Agensi Polis Metropolitan Seoul kerana mencuri 80 unit bitcoin.

Bukan itu sahaja, Terraform Labs juga terpalit dengan bukti bahawa mereka telah memperdagangkan sejumlah besar aset kripto pada pertengahan Mei apabila harga UST dan LUNA runtuh. Walaubagaimanapun, masih tidak jelas sama ada pengasas Terra Do Kwon atau mana-mana pekerja lain terlibat dalam penyelewengan dana atau tidak. Pihak berkuasa Korea Selatan kini sedang menyiasat Terra dan pekerjanya.

Berdasarkan laporan terbaru dari portal Korea Selatan, pekerja Terraform Labs didapati  mencuri 80 Bitcoin bernilai hampir $2.39 juta semasa UST dan LUNA Terra runtuh pada bulan Mei. Malangnya belum dipastikan sama ada pengasas Terra Do Kwon atau kakitangan Terra lain terlibat dalam pencurian aset. Terra dan kakitangannya kini disiasat oleh pegawai Korea Selatan.

Dalam siasatan berasingan pula mendapati isu yang juga kritikal;

Berdasarkan laporan, “Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS baru-baru ini menjalankan siasatan melalui jarak jauh terhadap beberapa pereka utama Terra yang menumpukan pada struktur reka bentuk Terra. Menurut pembangun dan pereka utama Terra telah meramalkan keruntuhan Terra dan Luna sebelum kejadian. Tambah pula, mereka telah mengajukan perkara ini kepada CEO Do Kwon beberapa kali namun tidak diambil serius.”

Dalam satu pendedahan yang mengejutkan, SEC turut mendapati bahawa kira-kira 100 bilion won dana syarikat telah digelapkan setiap bulan. Disyaki bahwa dana tersebut digunakan untuk untuk perbelanjaan operasi beberapa bulan sebelum Terra runtuh. Maka tidak hairan, ada yang berspekulasi bahawa ia adalah rancangan Kwon untuk mencuci wang, tambah laporan dari Naver.

Polis kini sedang giat meneliti pemindahan atau aliran dana lain kepada Do Kwon dan pihak berkaitan. Sementara itu, pengasas bersama Terra Daniel Shin telah menafikan sebarang dakwaan penyelewengan atau penipuan yang berkaitan dengan keruntuhan Terra.

Laporan siasatan ini telah memberi kesan negatif yang besar terhadap harga Terra. Semasa penulisan, Terra didagangkan pada $2.79, turun 22% dalam tempoh 24 jam terakhir. Dengan berita yang negatif ini semakin membuatkan pelabur hilang keyakinan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat