Alamak! Sentimen Perniagaan Jerman Makin Teruk

324

Pelabur sesi Eropah telah diperlihatkan dengan data sentimen perniagaan Jerman yang menjadi pengukur kepada kesihatan ekonomi Eropah.

Malangnya, indeks iklim perniagaan Jerman hasil tinjaun Ifo mencatatkan penurunan pada bulan Oktober dengan bacaan 97.7 daripada 98.9 yang direkodkan bulan sebelumnya. Bacaan ini adalah yang terendah pernah dicatatkan sejak April.

Susulan daripada data tersebut, ahli ekonomi Ifo, Klaus Wohlrabe mengatakan punca utama kepada penurunan ini adalah masalah rantaian bekalan yang memberi kesan kepada perniagaan.

Kenyataan Klaus Wohlrabe menyokong bacaan data ekonomi yang diterbitkan pada Jumaat lepas yang menyaksikan kemerosotan dalam aktiviti perniagaan disebabkan masalah rantaian bekalan yang mengganggu pengeluaran.

Matawang euro didagangkan sedikit berubah susulan pembacaan ini, yang mana ia sebahagian besarnya dipengaruhi oleh pergerakan dolar greeback.

Ketika penulisan, euro didagangkan berlegar pada sekitar harga 1.16470 berbanding US dolar, masih mengekalkan keuntungan yang diraih pada hari ini.

Tumpuan pelabur kini terarah kepada mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) pada hari Khamis, yang dijangka akan terus kekal dengan dasar monetari yang longgar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat