Alpha Finance Lab (ALPHA) Melonjak 110% Dengan Projek Staking Dan Launchpad

181

Alpha Finance Lab mencatatkan lonjakan 110% sejak empat hari lalu.

Pada masa yang sama, sejak berada di paras terendah, $0.30 pada 22 Jun, harga ALPHA meningkat 196% ke paras tertinggi bulanan, $0.89 pada 6 Julai. Jumlah dagangan dalam 24 jam bagi tempoh yang sama juga meningkat 433% kepada $293 juta.

Pecutan ini didorong oleh penambahbaikan protokol terhadap Alpha Homora V2 iaitu pelancaran Alpha Launchpad dan nisbah harga per pendapatan (price per earnings, P/E) yang menarik berbanding pesaing lain.

Pelancaran Alpha Launchpad

Alpha Homora V2 dilancarkan pada 1 Februari lalu. Ia menfokuskan kepada tahap terbaharu saling kendali yang membolehkan pengguna untuk menjalankan yield farming di Curve, Balancer, SushiSwap dan Uniswap.

Ekoran daripada pelancaran tersebut, ALPHA mencecah harga tertinggi sepanjang masa (ATH), $2.95 pada 6 Februari. Tetapi disebabkan eksploitasi daripada Iron Bank pada 13 Februari menyebabkan harga ALPHA kembali susut di bawah $1.

Manakala pelancaran Alpha Launchpad seperti yang diumumkan pada 11 Jun melalui blog rasmi mereka, diangkat sebagai satu-satunya program inkubator pertama DeFi yang dicipta oleh pembangun untuk pembangun. Malah, pelancaran ini disifatkan sebagai ‘dark horse’ untuk Alpha.

Nisbah P/E Yang Menarik

Struktur bayaran di ALPHA dilihat menarik memandangkan ia cuma mengambil 20% faedah pinjaman dari V2 dan 10% dari V1 untuk membayar pengguna yang stake.

Laporan daripada Delphi Digital berkaitan struktur bayaran protokol, mendapati pendapatan protokol tahunan V2 dianggarkan mencecah $6.53 juta, menunjukkan Alpha berdagang pada nisbah P/E yang lebih murah berbanding pesaingnya.

Alpha juga dijangka akan semakin mengukuhkan susulan daripada sektor DeFi yang menjadi perhatian.

Ketika penulisan, ALPHA didagangkan pada $0.79, meningkat 1.49% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat