Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD menunjukkan penurunan di awal minggu berikutan US dolar yang mengukuh mendominasi pasaran berbanding mata wang utama termasuk Pound Sterling.
Sentimen bantuan ekonomi tambahan bernilai £5 bilion gagal mengangkat Pound Sterling untuk bergerak kukuh di awal minggu.
Pound Sterling dijangka didagangkan berisiko pada minggu ini selepas ahli jawatankuasa mesyuarat bank pusat England (BOE) menyatakan sekiranya polisi semasa gagal menyokong pemulihan ekonomi di UK, berkemungkinan langkah pelaksanaan kadar faedah negatif akan dipertimbangkan semula.
Kenaikan harga pada awal sesi Asia semalam terhalang pada paras rintangan 1.4000 sebelum harga kembali menyambung semula penurunan minggu lalu.
Pergerakan harga masih kekal di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) yang memberi petunjuk trend bearish kepada pelabur pada carta harga GBP/USD.
Bersambung pada sesi Asia pagi ini (Selasa), harga menyambung penurunan lebih rendah melepasi paras support minggu lalu pada 1.38900.
Penurunan harga dilihat akan menuju ke paras sekitar 1.38300 untuk harga menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.
Penurunan lebih rendah boleh mencecah semula sehingga ke paras support 1.37000.
Namun jika harga berjaya melonjak melepasi halangan MA50, paras rintangan 1.4000 akan diuji sekali lagi untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi.
Seterusnya, paras tumpuan pada kenaikan yang diteruskan adalah pada 1.41000 dan juga 1.42000.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI