Amaran! Malaysia Kini Hadapi Inflasi Makanan!

21,190

Tatkala ini bukan harga ayam sahaja yang menjadi perhatian tetapi secara amnya harga kepada semua jenis makanan di Malaysia sedang melambung tinggi.

Sehubungan itu, data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan 89.1% harga makanan mencatat kenaikan pada bulan April dalam sektor makanan dan beberapa sektor lain.

Menurut kenyataan Ketua Perangkaan, Uzir Mahidin, kenaikan harga makanan dan minuman terus menjadi penyumbang utama kepada inflasi dengan catatan bulan April naik 4.1% berbanding bulan sama tahun sebelumnya.

Bagi asas bulanan pula, harga makanan meningkat 4.4% pada April berbanding 4% pada Mac.

Uzir menambah bahawa kenaikan harga makanan dan minuman bukan alkahol berlaku kerana muncul peningkatan penggunaan makanan di luar rumah.

Berikut adalah ringkasan data indeks harga pengguna (CPI) bagi sub-sektor makanan.

  • Harga tenusu, keju dan telur naik 7.2% berbanding 7% pada bulan sebelumnya.
  • Harga daging lonjak 6.3% sementara harga makanan laut tambah 3.8%.
  • Harga sayur-sayuran naik 4.5% kerana ketidaktentuan cuaca yang jejaskan bekalan dalam pasaran, selain harga baja dan perkhidmatan logistik yang mencanak.

Dalam pada itu, sektor lain turut menyaksikan peningkatan di mana:

  • CPI restoran dan hotel naik 3.2%
  • CPI pengangkutan tambah 3% kerana kenaikan harga purata minyak petrol.
  • CPI perabot, kelengkapan rumah dan penyelenggaraan isi rumah canak 2.7%.
  • CPI kepelbagaian barangan dan perkhidmatan nokok 1.8%.
  • CPI perkhidmatan rekreasi dan budaya kembang 1%.
  • CPI perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain lonjak 0.8%.

Pada sisi berbeza, negeri Selangor dan Putrajaya mencatat CPI bagi makanan dan minuman bukan alkahol tertinggi pada 5.7%, diikuti Pulau Pinang pada 4.4% kemudian Perak dan Johor pada 4.2%.

Selain itu, Uzir turut menyatakan kadar inflasi bagi mereka yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan meningkat 2.3% kepada 123.6% berbanding bulan sama tahun lalu.

Ijmalnya, CPI secara keseluruhan dilihat meningkat 2.3% kepada 125.9% pada April 2022 berbanding bulan sama pada 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat