Amaran Risiko No Deal Brexit – EU Sedia Beri UK Syarat Perjanjian Dagang Lebih Ketat!

315

Pasaran sesi Eropah memperlihatkan matawang pound diniagakan susut berbanding US dolar yang kembali dibelenggu oleh kebimbangan Brexit.

Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan bersedia untuk menawarkan syarat-syarat perjanjian perdagangan lebih ketat kepada UK berbanding perjanjian yang ditandatanganinya bersama rakan dagangan lain seperti Jepun dan Kanada.

Brussels mahu memastikan bahawa UK tidak mendapat kelebihan persaingan dengan menyimpang daripada peraturan EU.

The Daily Telegraph pada Selasa mendedahkan bahawa Suruhanjaya Eropah telah mengancam untuk menahan Perjanjian Pengiktirafan Bersama (MRA) jika Britain hanya menginginkan perjanjian perdagangan asas.

MRA merupakan dokumen yang mengesahkan barangan yang dibawa masuk adalah mematuhi piawaian Eropah dan memudahkan pergerakan barangan dalam sektor utama, misalnya perubatan dan kereta.

Kerajaan Britain sebelum ini menyatakan keyakinan mereka untuk mencapai perjanjian yang komprehensif bersama Brussels dan telah menetapkan satu pasukan rundingan, diketuai oleh Ketua Perunding Brexit UK David Frost.

Bagaimanapun, EU memberitahu dalam tempoh singkat itu hanya perjanjian yang sangat asas dapat dicapai oleh kedua-dua negara dan menegaskan bahawa mereka tidak akan memberikan akses ‘tarif sifar’ ke pasaran EU jika UK enggan mematuhi peraturannya berkaitan subsidi kerajaan dan kawalan alam sekitar.

Sementara itu, House of Lords UK pada Selasa telah menolak Rang Undang-undang Perjanjian Pengeluaran UK, menyerahkannya semula kepada House of Commons dengan lima perubahan termasuk menyokong pindaan Dubs untuk melindungi hak kana-kanak pelarian selepas berlakunya Brexit.

Berbanding dolar euro pula, matawang pound kembali susut selepas dilihat meningkat menghampiri paras tertinggi 2 minggu pada pembukaan pasaran sesi Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat