Amazon Terpaksa Akur, Buang 10,000 Pekerja Lepas Bezos Jatuh Miskin

401

‘Tak terkejut pun macam dah biasa pula dengar syarikat teknologi buang pekerja.’

Selepas kehilangan $1 trilion nilai pasaran minggu lalu, Amazon.com Inc kini dilaporkan merancang untuk membuang 10,000 pekerja bagi menampung kerugian yang dialami.

Menurut sumber dalaman, Amazon bakal membuang pekerja dari bahagian korporat dan unit teknologi bermula minggu ini yang dikatakan akan memberi kesan 3% tenaga kerja syarikat.

Selain itu, bahagian sumber manusia dan divisyen peruncitan turut terkena tempias selepas Ketua Pegawai Kewangan Brian Olsavsky menggariskan unjuran penurunan pembelian oleh pengguna dalam laporan pendatan syarikat.

Ulas Olsavsky bahawa syarikat  ramalkan penyusutan pertumbuhan penjualan berlaku pada musim percutian (Krismas) dengan keadaan inflasi semasa memaksa pengguna kurang berbelanja.

Turut diselitkan bahawa Amazon akan membekukan program pengambilan pekerja buat seketika lebih-lebih lagi selepas saham syarikat menjunam teruk tahun ini.

Prestasi Amazon setakat tahun ini juga tampak merundum dengan mencatat kerugian operasi tahunan sebanyak $5 bilion.

Namun, ia bukan kejutan memandangkan pesaingnya dari industri teknologi iaitu Meta Platform Inc turut membuang pekerja selepas mencatat penyusutan nilai saham.

Pada sisi berbeza, pemilik Amazon iaitu Jeff Bezos dilaporkan akan mendermakan sejumlah $124 bilion kekayaannya untuk membendung masalah perubahan iklim dan ketidakadilan sejagat.

Ketika penulisan ini saham Amazon diniagakan rendah 2.28% pada $98.49.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat