Amerika Dan China Bawa Khabar Duka, Harga Minyak Merudum!

6,045

Harga minyak menjunam ke paras terendah enam minggu selepas Amerika Syarikat dilaporkan telah meminta China dan Jepun supaya mempertimbangkan pelepasan rizab minyak yang diselaraskan untuk menurunkan harga.

Sebelum itu, terdapat laporan bahawa rizab petroleum strategik AS telah dikurangkan sebanyak 3.2 juta tong, sekali gus membawanya ke paras paling rendah sejak Jun 2003. Walaupun paras itu agak kecil, tetapi laporan ini mengejutkan pasaran minyak mentah dan mendorong harga untuk mula bergerak ke bawah.

Berita mengenai AS yang menggesa negara pengguna utama minyak dunia untuk menggunakan rizab minyak, telah menambah lagi tekanan buat dagangan emas hitam untuk susut lebih rendah.

Khabar duka buat pasaran minyak tidak terhenti setakat itu sahaja, malah dalam laporan terbaru Reuters, China dikatakan sedang mempertimbangkan untuk melepaskan rizab minyak mentahnya walaupun ia pada mulanya enggan mengulas mengenai permintaan AS.

Dagangan minyak mentah Brent susut ketara pada $79.79 setong pada sesi Asia, manakala niaga hadapan WTI Amerika Syarikat pula susut ke sekitar harga $76.90 setong.

Sementara itu, data rasmi daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) menunjukkan bekalan minyak mentah AS jatuh sebanyak 2.1 juta tong. Bagaimanapun, bacaan positif ini gagal menyokong harga minyak yang bimbang dengan tekanan dari AS dan China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat