Amerika Kalau Tak Cari Pasal Dengan China Memang Tak Sah!

675

Amerika Syarikat telah menggesa China untuk menutup pejabat konsulatnya di Houston, Texas dalam tempoh 72 jam, lapor Global Times.

Sebelum laporan terbabit dikeluarkan, ketua pengarang Global Times, Xu Xijin ada memberitahu mengenai perkara tersebut dalam satu ciapan di laman twitternya dan menyifatkan arahan AS itu sebagai ‘gila’.

Selain itu, Kementerian Luar China juga tampil dengan kenyataan dengan mengecam tindakan ini dan mendesak AS supaya memperbaiki keputusannya yang salah dan mengancam untuk mengenakan tindak balas sekiranya AS enggan berbuat demikian.

Beberapa jam sebelum itu, terdapat berita bahawa pihak bomba dan polis Houston mengesahkan bahawa mereka menerima laporan bahawa dokumen sedang dibakar di halaman Konsulat Jeneral China di Houston pada malam Selasa.

Walau bagaimanapun, setelah sampai di tempat kejadian, anggota bomba dilaporkan hanya mengelilingi sekitar perkarangan bangunan terbabit kerana tidak dibenarkan masuk ke dalam kompleks.

Tindakan membakar dokumen terbabit dilihat mungkin mempunyai hubung kait dengan laporan pada Jumaat lalu, di mana media tempatan telah melaporkan bahawa konsulat yang tinggal di Houston dan beberapa kawasan lain telah diusir.

Gesaan AS terhadap China ini dijangka akan menambah lagi ketegangan yang tidak berkesudahan antara dua negara ekonomi gergasi dunia itu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat