Amerika Perangi Ancaman Dari Rusia, China!

321

Amerika Syarikat kini sedang bekerja keras untuk meningkatkan rantaian bekalannya dan mengawal ancaman geopolitik oleh Rusia dan China, kata Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen.

Berucap dalam satu acara yang dianjurkan Jawatankuasa Bretton Woods pada Rabu, Yellen berkata Amerika sedang berusaha untuk memperdalamkan kerjasama dengan Kesatuan Eropah (EU) serta pasaran baru muncul dan negara membangun.

Pada masa yang sama, Washington juga cuba untuk membina lebih banyak kepelbagaian dalam rantaian bekalannya.

Dalam pada itu, Yellen mengatakan AS perlu melemahkan China seperti mana yang dilakukan terhadap Rusia, menekankan tindakan Washington yang mengenakan sekatan awal dan meminta Moscow bertanggungjawab atas pencerobohannya di Ukraine.

Malah sebelum ini, pentadbiran Biden lantang bersuara mengenai kepentingan untuk mengurangkan kebergantungan AS pada rantaian bekalan China dan menentang penguasaannya dalam ekonomi global.

Buat masa ini, negara itu sedang berusaha untuk mengurangkan ‘pergantungan melampau’ syarikat AS pada semikonduktor dari Taiwan dan teknologi lain, termasuk panel solar atau komponen kritikal untuk bateri kenderaan elektrik buatan China dan beberapa negara lain.

Terdahulu, pentadbiran Biden telah mengumumkan larangan penjualan teknologi cip komputer kepada firma China bagi mengekang kemajuan tentera negara itu.

Impaknya, ia akan menyukarkan China dalam mendapatkan cip termaju untuk teknologi terkini.Ke

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat