Amerika Percaya Korea Selatan Boleh Mainkan Peranan Penting Tangani Inflasi

186

‘Isu bekalan settle, inflasi tak ada, ekonomi dunia boleh bertambah baik.’

Lawatan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Janet Yellen di rantau Indo-Pasifik telah berakhir dengan pertemuan dengan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-Yeol di Seoul.

Selain itu, Janet Yellen turut dilaporkan telah bertemu dengan Gabenor Bank of Korea, Rhee Chang-Yong serta Naib Perdana Menteri merangkap Menteri Ekonomi dan Kewangan, Choo Kyung-Ho dalam memperkukuhkan hubungan 2 hala antara negara.

Menurut Jabatan Perbendaharaan, isi pertemuan antara Yellen dan beberapa individu berpengaruh tersebut telah membincangkan berkenaan had harga minyak Rusia serta usaha dalam menangani isu rantaian bekalan melalui friendshoring*.

*Friendshoring merupakan cadangan yang dikemuka Yellen sebelum ini sebagai cara untuk melindungi rantaian bekalan global daripada gangguan luar atau tekanan ekonomi. Idea asasnya adalah untuk sekumpulan negara yang punyai nilai bersama melaksanakan dasar penggalakan syarikat meningkatkan pembuatan.

Tambah jabatan lagi, AS melihat Korea Selatan sebagai rakan perdagangan dan ekonomi yang boleh dipercayai.

Dalam satu ucapan, Yellen menjelaskan bahawa perhubungan dengan Korea Selatan adalah penting dalam membina rantaian bekalan yang lebih berdaya tahan dan seterusnya mengurangkan tekanan inflasi serta menurunkan kos pengguna.

Ketika lawatan tersebut, Yellen juga sempat berjumpa dengan ahli ekonomi dan usahawan wanita terkemuka Korea Selatan bagi membincangkan penyertaan tenaga buruh wanita dalam pertumbuhan ekonomi.

Beliau juga mengambil kesempatan melawat kemudahan LG Corp, syarikat terbesar Korea Selatan, yang baru-baru ini membina hubungan pelaburan dalam pembuatan bateri kenderaan elektrik (EV) di AS.

Sebagai makluman, lawatan yang dilakukan Yellen adalah sebahagian daripada rancangan beliau sebelum tiba ke Indonesia untuk mesyuarat Group 20 yang mengumpulkan pegawai kewangan daripada 20 negara ekonomi terbesar dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat