Amerika Sekat Lagi Firma Malaysia Kerana Dakwaan Buruh Paksa

1,652

Pihak berkuasa Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) mengharamkan import dari firma pembuatan sarung tangan getah dari Malaysia, Smart Glove atas dakwaan tindakan buruh paksa.

Menurut sumber dari CBP bertarikh 4 Nov, keputusan tersebut dilakukan atas dakwaan bukti-bukti munasabah yang menunjukkan firma pembuatan sarung tangan getah itu menggunakan buruh paksa.

CBP menyatakan siasatan mereka mendapati 7 daripada 11 indikator yang ditetapkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) telah dilanggar oleh Smart Glove namun mereka tidak menyatakan indikator yang mana satu.

Antara indikator yang disenaraikan oleh ILO adalah masa kerja yang berlebihan, ikatan hutang, keganasan fizikal dan seksual, keganasan di tempat kerja dan tempat tinggal.

Pihak Smart Glove masih tidak memberi sebarang keterangan lanjut mengenai isu tersebut.

Kilang-kilang di Malaysia terutamanya dalam ke sektor pembuatan sarung tangan dan komponen-komponen Apple iPhone berada dibawah tekanan dan pemerhatian yang ketat oleh ILO berhubung isu melanggar hak asasi manusia dan penderaan pekerja asing.

Arahan pengharaman tersebut menyaksikan firma tersebut adalah yang kelima dari Malaysia yang disekat dalam tempoh 15 bulan.

Terdahulu, AS telah mengharamkan Supermax Corp Bhd atas tuduhan yang sama. Selain itu, Top Glove Corp Bhd juga turut menghadapi tuduhan yang serupa pada Julai sebelum larangan tersebut ditarik balik pada bulan lalu selepas firma itu menyelesaikan isu buruh mereka.

Sime Darby Plantation Bhd dan FGV Holdings Bhd turut pernah diharamkan oleh CBP pada tahun lalu sehingga mereka melantik juruaudit bagi menilai tindakan mereka dan mereka akan terus berhubung secara langsung dengan CBP dalam menangani masalah yang berbangkit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat