Amerika Syarikat Lanjutkan Tempoh Dagangan Dengan Huawei Selama 90 Hari!

214

Pentadbiran Donald Trump mengeluarkan kenyataan pada hari ini yang membenarkan syarikat Huawei melakukan urusniaga dengan syarikat Amerika Syarikat (AS) secara rasmi dengan menawarkan tempoh lanjutan selama 90 hari lagi.Ini merupakan tempoh lanjutan ketiga yang diberikan Jabatan Perdagangan A.S selepas kali pertama diberikan pada bulan Mei dan kedua pula pada Ogos tahun ini.

Dalam masa yang sama, pihak pentadbiran masih menyusun peraturan ke atas firma telekomunikasi dimana syarikat tersebut didakwa menimbulkan risiko keselamatan negara.

Jabatan Perdagangan AS telah membenarkan syarikat itu membeli beberapa barang buatan Amerika dalam sambungan lesen selama 90 hari. Tempoh lanjutan bermula dari 18 November 2019 dan akan berakhir pada 16 Februari 2020. Antara sebab tempoh lanjutan diberikan ialah bertujuan untuk mengurangkan gangguan perkhidmatan selular kepada pelanggan.

Menurut Setiausaha Perdagangan AS. Wilbur Ross, sambungan lesen tersebut akan membolehkan syarikat Huawei terus memberi perkhidmatan kepada pelanggan A.S terutama di beberapa kawasan terpencil.

Sebelum ini sebagaimana sedia maklum bahawa Huawei telah dilarang dari berurusan dengan syarikat Amerika Syarikat. Bermula pada bulan Mei, syarikat Huawei telah dimasukkan ke dalam senarai syarikat yang disenarai hitam oleh AS berikutan atas alasan keselamtan negara.

Polisi tersebut secara efektif menghalang Huawei daripada membeli produk-produk AS tanpa lesen kebenaran khusus. Dalam masa yang sama syarikat AS juga dilarang untuk menjual produk dan barangan ke Huawei.

Penangguhan sekatan ini juga tidak merubah larangan urusniaga Google bersama Huawei.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat