Anak Syarikat DNeX Terima Kontrak Lumayan Bernilai RM88 Juta Daripada Kementerian Kewangan

455

Innovation Associates Consulting Sdn Bhd (iAC) merupakan anak syarikat tidak langsung Dagang NeXchange Bhd (DNeX) memperoleh kontrak yang bernilai RM88 juta.

Pemerolehan kontrak berkenaan adalah berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang diberikan oleh Kementerian Kewangan (MoF) bagi tempoh 45 bulan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh DNeX, iAC akan bertanggungjawab dalam melakukan penyelenggaraan, perkhidmatan sokongan dan penambahbaikan aplikasi sistem bersepadu Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kerajaan (IGFMAS).

Pengarah Urusan Kumpulan, Tan Sri Syed Abidin Syed Mohamed Tahir menjelaskan bahawa sebagai penyedia penyelesaian digital, DNeX akan terus mencari peluang bagi membantu pelanggan sama ada di sektor awam mahu pun swasta.

Beliau juga berharap agar ia dapat meningkatkan kecekapan operasi serta pengalaman pelanggan dalam memperkukuhkan pencapaian digitalnya.

“Kami akan bersatu padu bersama pelanggan dalam merealisasikan transformasi digital kepada mereka dan memberi impak terhebat kepada operasi dan perniagaan mereka,” tambahnya.

Dengan memiliki sokongan daripada 200 perunding yang berpengalaman, iAC telah berjaya menyelesaikan lebih daripada 100 projek di sektor awam dan swasta.

Berdasarkan kepada makluman yang diterima, kontrak yang memperoleh tempoh 45 bulan itu akan bermula pada 10 Ogos 2021 sehingga 9 Mei 2025.

Dalam pada masa yang sama, kontrak itu dijangka akan memberi sumbangan positif kepada pendapatan sesaham syarikat itu untuk tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2022.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat