EURUSD – Analisa Mingguan 19 Dis – 23 Dis 2016 – Rujukan Chart TF Daily
Seperti jangkaan analisa teknikal minggu lepas, EURUSD berjaya membentuk new LL di sekitar harga 1.0350/60. Secara teknikal, ini disebabkan harga tidak berjaya breakout Key Resistance harian 1.0650 seperti yang telah dinyatakan dalam Zon Trader.
Kejatuhan EURUSD direkodkan lebih kurang 280 pips dalam masa 2 hari dari harga 1.0650 pada minggu lalu. Jadi untuk minggu ini, secara teknikal Tim Analisa masih berpendapat EURUSD akan meneruskan pergerakan bearish selagi ianya tidak breakout resistance terbaik minggu ini iaitu 1.0650.
EURUSD dilihat berpotensi untuk membuat kenaikan retracement ke sekitar Key Resistance minggu ini 1.0540/50 sebelum meneruskan bearish. Momentum wave ke arah bearish masih dikuasai EURUSD dan jika breakout Key Support, kemungkinan target bearish boleh dicapai adalah sekitar 1.0260. Walaubagaimanapun, harga 1.0650 bakal diuji sekali lagi sekiranya harga breakout Key Resistance 1.0540.
GBPUSD– Analisa Mingguan 19 Dis – 23 Dis 2016 – Rujukan Chart TF Daily
Jika diperhatikan, GBPUSD telah breakout Key Support minggu lepas dan hampir mencapai support terbaik sekitar harga 1.2350/30 tetapi selagi ianya tidak breakout support terbaik ini, mood bullish masih dikuasai GBPUSD ketika ini.
Mengikut teknikal, pergerakan wave masih ke arah bullish(HL,HH,HL,HH) dan kebarangkalian untuk bullish masih tinggi ketika ini. Walaubagaimanapun, bagi meneruskan pergerakan bullish GBPUSD perlu breakout Key Resistance yang berada pada harga 1.2570/80 terlebih dahulu. Jika ia tidak breakout, mood bullish bagi GBPUSD akan bertukar arah ke mood bearish.
Dan sekiranya breakout Key Support 1.2414/00, target bearish adalah sekitar harga 1.2330 dan seterusnya adalah 1.2230. Jadi kesimpulan, selagi ia tidak breakout 1.2350, mood bullish masih dikuasai GBPUSD dan Key Resistance minggu ini perlu diperhatikan.
AUDUSD– Analisa Mingguan 19 Dis – 23 Dis 2016 – Rujukan Chart TF Daily
Seperti jangkaan pada minggu lepas, AUDUSD tidak berjaya breakout Key Resistance yang berada sekitar harga 0.7500/20 dan terus melakukan terjunan bearish lebih kurang 250 pips dalam masa 3 hari. Tahniah kami ucapkan kepada ahli Zon Trader dan juga yang mengikuti analisa bagi AUDUSD pada minggu lepas.
Minggu ini, Tim Analisa berpendapat AUDUSD masih dalam momentum bearish dan berpotensi untuk membuat kenaikan retracement ke sekitar Key Resistance 0.7380 sebelum meneruskan bearish. Jika breakout Key Resistance ini, resistance terhampir yang bakal diuji adalah sekitar harga 0.7450.
Jika bearish dan breakout Key Support 0.7270, berkemungkinan target bearish adalah sekitar harga 0.7180 untuk membentuk new ‘Lower Low/LL’ pada minggu ini. Apapun, ketika ini mood bearish masih dikuasai AUDUSD dan sebarang kenaikan adalah ‘retracement’.
USDJPY– Analisa Mingguan 19 Dis – 23 Dis 2016 – Rujukan Chart TF Daily
Mengikut analisa teknikal, Tim Analisa berpendapat minggu ini USDJPY masih dalam mood bullish dan selagi tidak breakout Key Support yang berada sekitar harga 116.60/50, kebarangkalian untuk USDPY meneruskan bullish masih tinggi.
Dan Key Resistance bagi USDJPY pada minggu ini pula berada pada harga 118.80, dan USDJPY berpotensi untuk retrace bearish pada minggu ini kemungkinan sekitar Key Support sebelum bullish.
Jadi minggu ini, Key Support 116.50/60 perlu diberi perhatian sepenuhnya. Sekiranya ianya breakout, USJDPY berpotensi bearish retrace ke harga 115.40. Dan target bullish pula adalah sekitar harga 120.30 sekiranya ianya berjaya breakout Key Resistance terlebih dahulu.
GBPJPY– Analisa Mingguan 19 Dis – 23 Dis 2016 – Rujukan Chart TF Daily
GBPJPY dilihat berjaya membentuk new HH di sekitar harga 148.40/50 pada minggu lepas iaitu di mana potensi harga berlakunya ‘Support Become Resistance’ lalu melakukan penurunan bearish semula.
Ia membentuk candlestick shooting star pada khamis lalu dan ini menunjukkan potensi GBPJPY untuk bearish tetapi perlu breakout resistance yang berada pada timeframe H1. Walaubagaimanapun, Tim Analisa berpendapat pergerakan ketika ini masih bullish(HL,HH,HL,HH) dan sebarang penurunan minggu ini berkemungkinan adalah ‘retracement’ sebelum meneruskan bullish.
Jadi, minggu ini GBPJPY berpotensi untuk bearish ke sekitar Key Support 145.00 selagi ianya tidak breakout Key Resistance yang berada pada harga 148.00. Jika breakout Key Support, potensi penurunan adalah sekitar harga 143.50/14.
Nota : Team Analisa Moshed ada menyediakan analisa seperti ini hampir setiap hari bagi TimeFrame H1. Anda berminat untuk dapatkannya? Jadi Ahli Traders Zone dengan – KLIK SINI