GBPUSD – Analisa Mingguan 19 Sept – 23 Sept 2016 – Rujukan Chart TF Daily
Seperti jangkaan minggu lepas, GBPUSD akhirnya berjaya membuat penurunan yang agak besar selepas beberapa hari membentuk momentum bearish. Tahniah kami ucapkan kepada yang mengikuti analisa dari Tim Analisa Moshed.
Minggu ini, secara teknikal seller masih menguasai pasaran dengan terbentuknya black morubozu/bearish candlestick.
GBPUSD dilihat masih berada dalam mood bearish dan berpotensi membuat kenaikan ‘retrace’ sebelum meneruskan downtrend.
Apa-apapun, mood bearish juga berkemungkinan bertukar arah ke bullish jika harga berjaya breakout 1.3150/60 dan menguji resistance yang berada di MagicR1 hari ini.
EURUSD – Analisa Mingguan 19 Sept – 23 Sept 2016 – Rujukan Chart TF Daily
Minggu ini EURUSD dilihat berpotensi untuk meneruskan downtrend dan membentuk new “Lower Low/LL’ jika berjaya breakout ‘HL’ yang terdekat.
Mengikut “wave marking”, EURUSD tidak berjaya membuat new ‘Higher High/HH’.Dan wave ini berpotensi berlaku ‘Failure Swing’ jika EURUSD berjaya breakout Key Support 1.1080/70.
Tim Analisa berpendapat EURUSD berpotensi untuk membuat kenaikan ‘retrace’ sebelum meneruskan downtrend.
Dan Harga 1.1150 juga perlu diberi perhatian, jika tidak berjaya breakout minggu ini ia bakal menguji Key Resistance yang berada di harga terbaik iaitu 1.1250/60.