Meneliti carta harga pasangan mata wang AUD/USD di awal minggu ini, harga telah mula memaparkan kenaikan semula sejak semalam.
Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, harga telah menguji zon sokongan pada 0.63000 yang masih belum berjaya ditembusi.
Seperti semalam juga, harga yang turun menguji zon tersebut kemudiannya melantun naik semula sekitar 60 pips untuk beri isyarat bagi pergerakan bullish selepas melepasi garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Kenaikan harga dilihat lebih didorong oleh penyusutan yang berlaku pada US dolar dengan pelabur menyaksikan kejatuhan pada indeks dolar dan juga hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) yang susut semula setelah capai paras tertinggi sejak 2007.
Bacaan data PMI pembuatan dan perkhidmatan Australia diterbitkan di sesi Asia pagi ini, namun tidak begitu memberi impak kepada dolar Aussie.
Data yang sama akan diterbitkan untuk AS di sesi New York sebentar lagi menjangkakan bakal ada reaksi menarik berlaku dalam pasaran.
Harga yang meneruskan kenaikan di sesi Asia pagi ini dilihat menuju ke paras sasaran 0.63700 untuk menguji zon rintangan minggu lalu itu.
Kenaikan lebih tinggi jika berjaya diteruskan bakal mensasarkan pula ke paras sekitar 0.64400 yang turut menjadi rintangan harga sebelum ini.
Sementara, untuk jangkaan bagi penurunan harga pula, zon sokongan harga pada 0.63000 bakal diuji sekali lagi.
Melepasi garisan sokongan MA50 akan menjangkakan perubahan trend bearish harga semula dan kejatuhan berterusan boleh mencecah hingga ke sekitar 0.62000.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG