Perubahan arah harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD membuatkan pelabur berhati-hati ketika dagangan penutup bagi bulan September, minggu lalu.
Selain tumpuan pasaran sedang tertumpu pada isu ‘government shutdown’ di Amerika Syarikat (AS), data-data ekonomi tetap diperhatikan.
Data inflasi PCE catat bacaan lebih rendah dari ramalan untuk kekal, sementara data keyakinan pengguna AS pula meningkat lebih baik.
Pada minggu ini, pastinya laporan data pekerjaan NFP di penghujung minggu nanti akan menjadi tumpuan utama setelah Federal Reserve (Fed) telah memberi isyarat untuk menaikkan kadar faedah lagi pada mesyuarat FOMC terbaru.
Memerhati carta EUR/USD, paras 1.05000 menjadi support harga ketika corak penurunan sebelumnya terhenti di sekitar itu.
Setelah itu, lonjakan semula berlaku pada Khamis lalu sehingga zon tumpuan 1.06000 diuji pada Jumaat, namun harga gagal untuk bertahan di atasnya.
Penurunan harga berlaku semula di sesi terakhir minggu itu di bawah zon 1.06000 sebelum menutup dagangan sekitar 1.05700.
Pergerakan harga masih berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu yang kekal dengan isyarat pergerakan bullish.
Sekiranya harga kembali melantun naik, zon 1.06000 bakal diuji untuk dilepasi.
Kenaikan bakal diteruskan mengatasi ketinggian minggu lalu dengan sasaran untuk mencapai paras tumpuan pada 1.07000.
Sebaliknya, jika harga tembus di bawah sokongan MA50 dengan pengukuhan kembali dipaparkan oleh US dolar, pelabur akan kembali menyaksikan penurunan berlaku semula minggu ini.
Support pada 1.05000 menjadi zon kritikal yang bakal diuji dan reaksi harga di sekitar itu akan diperhatikan untuk petunjuk pergerakan harga selanjutnya.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG