Pengukuhan mula dipaparkan kembali oleh US dolar pada dagangan sesi New York semalam selepas pelabur menyaksikan pergerakan suram pada hari sebelumnya.
Hasil perbendaharaan 10-tahun Amerika Syarikat (AS) memuncak ke paras tertinggi sejak 2007, melepasi 4.90%.
Ketegangan konflik perang Hamas-Israel turut dilihat menjadi faktor yang masih memberi dorongan US dolar untuk mengukuh ekoran tarikan sebagai safe-haven.
Mata wang utama lain kembali terima tekanan dengan situasi pengukuhan semula US dolar itu termasuk mata wang anti-dolar iaitu Euro.
Seperti yang diperlihatkan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, kenaikan harga sebelum ini hampir menyentuh paras 1.06000, namun harga berundur turun semula.
Dengan corak penurunan yang dipaparkan pada Rabu semalam, harga kembali susut hingga ke sekitar 1.05300.
Penurunan yang telah melepasi sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut memberi indikasi kecenderungan untuk harga semakin jatuh ke bawah.
Sasaran dilihat adalah pada paras 1.05000 yang dicecah pada dagangan penutup minggu lalu dan menjadi support semasa buat harga.
Jika paras tersebut ditembusi, harga akan meneruskan pergerakan bearish menuju pula zon tumpuan di awal Oktober lalu sekitar 1.04500.
Sementara, untuk jangkaan bagi kenaikan harga mula sekiranya melepasi halangan MA50, zon rintangan pada 1.06000 masih menjadi sasaran untuk diuji oleh harga.
Jika akhirnya harga berjaya tembusi rintangan itu, kenaikan lebih tinggi dilihat akan menguji ketinggian yang dicapai minggu lalu iaitu sekitar 1.06400.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG