Analisis Fundamental & Sentimen Matawang AUD Hari Ini (16 April 2019)

219

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah di Australia seperti jangkaan 1.50% dengan kenyataan yang kurang dovish.
  • Mesyuarat RBA seterusnya adalah pada 7 Mei 2019.
  • Data ekonomi tumpuan bank pusat RBA adalah GDP, Unemployment dan CPI.
  • Para penggubal dasar berpendapat bahawa dalam jangka terdekat, inflasi dijangka menurun disebabkan harga minyak yang rendah pada awal tahun ini.

DATA EKONOMI TUMPUAN RBA

  • Data KDNK Australia berkembang sebanyak 2.3% pada suku tahun keempat 2018, turun daripada 2.8% pada suku tahun sebelumnya.
  • Inflasi harga pengguna (CPI) Australia turun kepada 1.8% tahun ke tahun pada suku keempat 2018 daripada 1.9% pada tempoh sebelumnya.
  • Kadar pengangguran yang di Australia menurun lebih rendah kepada 4.9% pada Februari 2019 daripada 5.0% pada bulan sebelumnya manakala pasaran menjangkakan 5.0%.

JANGKAAN: BEARISH AUD.

  • Minit mesyuarat RBA menunjukkan bahawa tahap kadar faedah yang lebih rendah di Australia akan sesuai jika inflasi kekal rendah dan pengangguran semakin tinggi.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat